Thursday 24 March 2011

TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN : ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN

Pada kali akan dibincangkan salah satu tanda akhir zaman. Tanda ini semakin jelas kelihatan di dalam masyarakat di negara. Seperti yang kita lihat pada masa kini, ulama-ulama bukan sahaja tidak dipedulikan, malahan lebih teruk lagi ulama dihina. Adakah kita sebagai orang yang mengaku sebagai Islam sanggup memperlakukan Ulama sedemikian rupa. Institusi ulama tidak lagi menjadi tempat rujukan penting bagi masyarakat. Kata-kata Ulama dipertikaikan sekiranya tidak menepati dengan kehendak atau selera mereka yang mengaku sebagai Islam tetapi turut serta dalam menentang ajaran Islam. Selain itu, masyarakat sudah semakin jauh daripada Ulama, mereka takut untuk mendekati Ulama kerana takut perbuatan yang dilakukan oleh mereka ditegur oleh Ulama.
             
            Fenomena ini jelas berlaku dalam negara kita ini. Malahan ada sesetengah Ulama yang sanggup bersekongkol dengan menggadai agama semata-mata untuk mendapat ganjaran dunia. Hiburan-hiburan yang melalaikan semakin bertambah, gejala sosial semakin meningkat. Kenapa semua perkara ini berlaku. Kita lihatlah masyarakat dihidangkan dengan program-program maksiat dan melalaikan. Bukan itu sahaja, pusat-pusat hiburan diberi lesen dengan sewenang-wenangnya, korsert-konsert sering diadakan malahan mendapat sambutan yang sangat luar biasa. 

Program-program keagamaan kurang diadakan dan kita sendiri dapat perhatikan sekiranya ceramah-ceramah agama diadakan, hanya beberapa orang sahaja yang datang itupun umurnya sudah lanjut. Dimanakah anak-anak muda kita. Tidakkah kita berasa sedih dengan fenomena ini. Masyarakat tidak lagi segan untuk melakukan maksiat secara terang-terangan walaupun dihadapan para Ulama dan dilakukan dengan sengaja untuk menghina dan menyinggung perasaan mereka. Kita lihat, peranan Ulama semakin disekat dan kemuliaannya semakin direndahkan. Ulama hanya menjadi rujukan untuk perkara-perkara tertentu sahaja. Padahal, Ulama itu waris para nabi.

Fenomena ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W

Ertinya:
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." . (H.R Ahmad)

Hadis ini dipetik daripada buku 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman yang di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)

Jumaat, 25 Mac 2011
MENCARI KEDAMAIAN ABADI… 

No comments:

Post a Comment