Friday 18 March 2011

KEKUASAAN ALLAH MENGATASI SEGALA-GALANYA…

Seperti yang kita maklum, dunia pada masa kini berhadapan dengan pelbagai bala bencana setiap hari seperti gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi, ribut taufan dan seumpamanya yang banyak mengorbankan nyawa dan harta benda. Walau secanggih dan semoden manapun teknologi yang dicapai oleh manusia, tetapi masih tidak dapat menandingi kekuasaan ALLAH S.W.T yang mengatasi segala-galanya.

Kejadian terbaru yang berlaku di Jepun, dimana negara Asia Timur itu digegarkan dengan gempa bumi sekuat 8.9 skala richter. Gempa itu telah menyebabkan berlaku tsunami setinggi 10 meter yang melanda kepulauan Jepun. Kesannya ribuan nyawa terkorban dan yang paling teruk kerosakan berlaku pada loji nuklear. Letupan di loji nuklear tersebut telah menyebarkan sinar radioaktif yang berbahaya kepada manusia. Seperti yang dinyatakan di dada akhbar, sinaran radiasi dijangka akan sampai ke Amerika Syarikat dan juga Eropah. Jepun yang sememangnya terkenal sebagai negara maju yang mempunyai teknologi yang tercanggih juga tidak dapat mengelak apabila bencana yang diturunkan oleh ALLAH…

Walaupun di negara ini tidak ditimpa bencana seperti yang menimpa di Jepun, tetapi kita tidak seharusnya leka dengan keadaan selesa ini. Tidak mustahil bencana tersebut akan menimpa kita sekiranya kita terus leka dengan perkara-perkara yang menyekutukan ALLAH…

Menurut sebuah hadis yang dipetik daripada buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam):  40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman.

 LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA 
Ertinya:
Daripada  Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). 
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain". (H.R Termizi)

Berdasarkan hadis yang dinyatakan diatas, kita dapat lihat bagaimana sesuatu bala akan diturunkan kepada manusia. Dalam kehidupan masyarakat di negara ini khususnya, kebanyakan perkara diatas telahpun berlaku. Bagaimana kita sebagai umat Islam bertindak untuk menangani perkara ini. Adakah kita sanggup membiarkan bala daripada ALLAH menimpa ke atas diri kita….

Kita sebagai umat Islam seharusnya berusaha untuk mengelakkan perkara-perkara yang menyekutukan ALLAH dengan sentiasa patuh dengan perintahNya dan menjauhi laranganNya…Ingatlah janji ALLAH itu sentiasa benar….
Jumaat, 18 Mac 2011….
MENCARI KEDAMAIAN ABADI…

No comments:

Post a Comment